~FOLLOWER TERRBAEK~

14 Februari 2012

TEMPOYAK GORENG

Salam..hari sabtu baru-baru ini,lepas je balik dari zoo negara..kami sekeluarga terus pecut ke klang pula.sebenarnya ada jemputan walimatul urus kat sana..=) kedua-dua pengantin ni merupakan best friend abi mawar semasa study kat uitm shah alam dulu.so nice...Alhamdulillah,selamat sudaaa..=) semoga berbahagia hingga ke syurga..ameen.

sebenarnya waktu tu kami anak beranak ni dah mula ngantuk,sebab pagi-pagi lagi dah pekena nasi lemak kelantan, pastu kononnya lepas pergi zoo negara tu kurang la sikit ngantuk tu.seyes,mula-mula memang la rasa segar je kat dalam zoo tu bila dapat tengok macam-macam haiwan kat sana.tapi bila keluar dengan tiket park keta hilang..ahhaa..rasa lesu jap.sebab kena bayar mahal dek kerana caj denda tiket hilang..ngee~ terjatuh agaknya masa nak keluarkan duit kat kedai aiskrim tu. tapi xpe..pengajaran dik oii..lepas ni kena selit tempat lebih selamat.

dekat hampir sejam juga perjalanan kami ke klang.setibanya kami kat sana.memang betul-betul meriah la..lagi meriah bila tengok pelbagai hidangan yang dihidangkan..=) wahh..perut yang kenyang tadi jadi lapar balik.mana tak nya...semua hidangan memukau selera ummi dan abi..terutamanya ummi lar! =P uishh..ibu menyusu anak memang sentiasa kelaparan oii..hahaha cover2..

okay tapi kat sini ada satu menu yang betul2 menarik perhatian dan minat ummi..mula-mula tu main senduk je..sekali 2 senduk u..nampak macam sayur..ingatkan sayur la.ummi memang hantu sayur.bila ngapp sekali..aishh..pedas,masam..sahh! ni lah tempoyak goreng yang orang selalu citer-citer tu..ekceli sebelum ni ummi ada godek satu laman web resepi ni..hairan la kan..sebab ada juga nama resepi tempoyak goreng..kat kelantan mungkin susah nak jumpa menu ni.tapi orang kat negeri luar ni memang selalu la buat menu ni.then ummi ada jugak la tengok bahan2 dia..xsusah pun,cuma campur ulam-ulaman..cam pucuk ubi,daun kaduk..dan macam-macam lagi.dalam hati  ya Allah! sedap rupanya tempoyak goreng nih...=) memang puas hati dapat makan time tu.pastu cepat-cepat ummi berbisik kat telinga abi.abi pun ada juga mengambil menu ni dalm pinggan dia tu haa..mula2 abi pelik dengar ummi cakap ni tempoyak goreng.tapi bila abi makan,abi juga turut mengangguk...tanda sedap.hehehe..nak kenal x tempoyak goreng ni macam mana?? meh sini nak tunjuk..tapi ni bukan versi yang kat umah pengantin la..yang ni versi mister google kite..=)

nampak je berkelodak..tapi sedap jugak benda alah ni.=)



p/s: sejak dua menjak ni.mawar juga dah mula suka makan tempoyak! makk aii..tempoyak orang letak dalam budu.dia main2 je cuit dan ngapp..pastu siap ckp sedapp!hehe

2 ulasan:

  1. mak dila suka masak tempoyak goreng nih..sedap ! ^.^

    BalasPadam
  2. ye ke cik dila?? wahh..pasni boleh blaja dgn cik dila la..hehe..memang sedap! terangkat! marvellous...=)

    BalasPadam

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)