~FOLLOWER TERRBAEK~

02 Julai 2011

Tazkirah Maghrib.

Abi,umi dan wardah baru balik dari masjid. seperti biasa,ada kuliah maghrib oleh ustaz feveret abi. Ustaz menyentuh mengenai adab pemakaian dalam islam..berikut merupakan antara ciri-ciri pemakaian mengikut islam:

1. pakaian tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
2. pakaian tidak terlalu nipis (seperti baju alas)
3. tidak memakai bau-bauan untuk wanita
4. pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki
5. pakaian tidak menyerupai pakaian orang kafir spt costume Santa Clause
6. tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian
7. tidak memakai pakaian untuk tujuan mencari kemasyhuran atau kepujian orang lain.

Setelah habis tazkirah,ustaz smpat menyentuh mengenai Perhimpunan Bersih 2.0. Beliau menyentuh mengenai perhimpunan atau demonstrasi mengikut perspektif islam. Menurut Sheikh Dr Yusof AlQardhawi, demonstrasi adalah sesuatu yang harus dan disyariatkan dalam islam bagi tujuan menyedarkan pemimpin jika melakukan kesilapan. Ia tertakluk kepada suara ramai akan lebih dedangari berbanding suara individu. Walau bagaimanapun, sheikh dari Universiti Jordan menetapkan bahawa ia adalah harus selagi mematuhi syarat-syarat tersebut:

1. tidak merosakkan kemudahan awam
2. tidak menghalang lalulintas(tanggungjawab polis untuk mengawal lalulintas)
3. tidak bercampur antara lelaki dan wanita
4. tidak melaungkan atau membawa banner yang bersikap asabiyyah seperti memperjuangkan kaum/Bangsa.

semoga sedikit maklumat yang didapati dapat memberi manfaat kepada semua dan sebarkan..

5 ulasan:

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)