~FOLLOWER TERRBAEK~

Memaparkan catatan dengan label ceramah agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceramah agama. Papar semua catatan

19 Ogos 2011

Dosa Penyebab Kesengsaraan Dalam Hidup

Daripada Abdullah ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya:

"Wahai golongan orang muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada golongan kamu, maka aku berlindung kepada Allah,dan apabila hal itu terjadi kepada kamu - apabila satu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.

Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa. Setiap mereka yang enggan membayar zakat, mereka akan terhalang dari beroleh hujan. Setiap mereka yang melanggar janji Allah dan RasulNya, maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka. Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam Kitabullah, maka mereka akan saling bersengketa" Riwayat Ibn Majah..

Tahap-tahap Dosa:

1. Pertama kali melakukan dosa, rasa bersalah melakukan dosa
2.Jika diulangi, akan rasa biasa melakukan dosa
3.Ketika ini manusia akan merasa seronok dan indah melakukan dosa.
4.Menjadi pejuang dan pembela kepada dosa dan menganggap ulama yang memberi nasihat sebagai musuh.

sumber:Mukmin Professional.
2.
Baca lagi "Dosa Penyebab Kesengsaraan Dalam Hidup"

02 Julai 2011

Tazkirah Maghrib.

Abi,umi dan wardah baru balik dari masjid. seperti biasa,ada kuliah maghrib oleh ustaz feveret abi. Ustaz menyentuh mengenai adab pemakaian dalam islam..berikut merupakan antara ciri-ciri pemakaian mengikut islam:

1. pakaian tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
2. pakaian tidak terlalu nipis (seperti baju alas)
3. tidak memakai bau-bauan untuk wanita
4. pakaian tidak menyerupai pakaian lelaki
5. pakaian tidak menyerupai pakaian orang kafir spt costume Santa Clause
6. tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian
7. tidak memakai pakaian untuk tujuan mencari kemasyhuran atau kepujian orang lain.

Setelah habis tazkirah,ustaz smpat menyentuh mengenai Perhimpunan Bersih 2.0. Beliau menyentuh mengenai perhimpunan atau demonstrasi mengikut perspektif islam. Menurut Sheikh Dr Yusof AlQardhawi, demonstrasi adalah sesuatu yang harus dan disyariatkan dalam islam bagi tujuan menyedarkan pemimpin jika melakukan kesilapan. Ia tertakluk kepada suara ramai akan lebih dedangari berbanding suara individu. Walau bagaimanapun, sheikh dari Universiti Jordan menetapkan bahawa ia adalah harus selagi mematuhi syarat-syarat tersebut:

1. tidak merosakkan kemudahan awam
2. tidak menghalang lalulintas(tanggungjawab polis untuk mengawal lalulintas)
3. tidak bercampur antara lelaki dan wanita
4. tidak melaungkan atau membawa banner yang bersikap asabiyyah seperti memperjuangkan kaum/Bangsa.

semoga sedikit maklumat yang didapati dapat memberi manfaat kepada semua dan sebarkan..
Baca lagi "Tazkirah Maghrib."

07 Jun 2011

First time..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuhh..

Alhamdulillah..harini first time Nur Wardah
 ke tempat tok umi(ummi abi) mengajar.=)
setiap hari selasa,selalunya tok umi akan mengajar
di surau kg gunong,bachok.

sepatutnya ummi start bawa wardah mggu lepas lg..
tetapi kerana ummi sendiri
tidak berapa sihat..jd terpaksa lah tangguh...

Alhamdulillah,ummi dah ok sikit dr hari2 sebelum ni.
so,dapatla drive dr kok lanas ke umah tok umi bersama ayah teh dan ayah su.

tp xde makna nya wardah nak duduk atas riba diorang..=)
peha empuk ummi juga yg menjadi pilihan anak gadis ummi ni.
nak tak nak..terpaksa la drive dengan wardah di atas riba.

tak pelah,janji selamat sampai..
yang penting..niat kita,ialah nak pergi ke sana.nak mencari ilmu agama..
buat pengetahuan anakku..kalau kita buat baik di bulan rejab
yg mulia ni..pahala kita makin bertambah..

selangkah kita berjalan menuju untuk membuat amalan baik seperti ke masjid..
nak menimba ilmu agama dan perkara2 yang menurut syariat Allah..
70 kali ganda pahala yg kita dapat..
jadi sebagai umat islam,jgn la kita mensia2 kan peluang yg ada ni..

 wardah tidak segan untuk berada dibarisan hadapan..
 tangan duk bertongkat dagu..kaki bergedik2 sakan..
mcm faham2 je petikan tafsir yg tok umi jelaskan..
 anak ummi berjalan2 ditengah2 
bulatan halaqah..

 time ni..wardah pergi dekat mikrofon,then "Aaaaaaaaaa!!!"
bising jap dgr suara dia..
nak tiru tok umi bg ceramah jgkk..
tok umi cakap..tunggu nanti besar boleh la jadi macam tok umi..hehehehe.. 

ni waktu balik dari umah tok umi..
dekat pukul 7ptg dah..
wardah ngantuk sgt2,,,
sampai tertido di ats riba ummi..
sambil ummi dodoikan dgn lagu adik2 ku..=)
gini la ummi drive keta bila wardah ngamuk2 tak nak
duduk dgn sesiapa je kat seat kiri sebelah ni..huhu


p/s: mlm ni abi balik dari serawak..selamat pulang abi..tapi lum tentu lagi dapat jumpa malam ni ngan abi cz kita still lagi kat kampung...jengg sero..hehehe misssssssssssss u sooooooooooo muchhhhhhh!!!
Baca lagi "First time.."