~FOLLOWER TERRBAEK~

Memaparkan catatan dengan label old skool steady.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label old skool steady.. Papar semua catatan

21 Oktober 2011

Jambori Vespa ke 11 di Taman Tasik Titiwangsa. K.Lumpur

SALAM..MOH RAMAI2 KE TEMPAT KEJADIAN..=)
esok..ummi,mawar,abi dan ayah ngah mungkin tidak akan melepaskan peluang
untuk turut serta hadir ke taman tasik titiwangsa..=)


Baca lagi "Jambori Vespa ke 11 di Taman Tasik Titiwangsa. K.Lumpur"

15 Oktober 2011

picas sekitar port dickson-event vespa nilai

abi bersama jentera besinya
setelah selesai melakukan gimik di iceps 7
abi dihadapan
prince & princess swimming together!
mawar didalam pelampung pink ditemani abi..

p/s: ummi tak tahu kenapa dgn gambar2 ni..ada garis2..hehe..sekian shj report untuk hujung minggu lepas..minggu ni kami kemana ye?? nantikan pengembaraan kami.. =)
Baca lagi "picas sekitar port dickson-event vespa nilai"

05 Oktober 2011

KONVOI+HOLIDAY+EVENT=VESPA

Agak2 faham tak??hehe..apela ummi mawar ni..suka sgt bt org pening..okais2..meh nak citer.

Insyaallah pada hari sabtu ni.kami sekeluarga akan ke Port Dickson lagik skali..huhu dh brape kali daaa..xde tmpat lain ke ummi ni??sabar2..sbnrnya ummi ni tukang ikut je.bukan ummi yg plan..kami ke sana utk bercuti dgn geng2 vespa..huhuhu..abi ckp dia dh book hotel kot..so,dapatla kita join skali..so,mungkin ke sana kami konvoi ramai2..tp ummi ngn mawar xnaik vespa la..kami naik widad.ikut dorang dari belakang..cecece..ni kalau pasang siren kat widad ok jgk..konon2 jadi eskot dorang kn?? =)

kebetulan dari 6-9okt ni..dekat dataran nilai ni ada program iceps anjuran usim student(FEM).banyak juga yg menarik..kalau nk tahu kena la pergi.then salah satunya ada acara yg melibatkan geng2 vespa ni.EVENT Vespa la kot.=P so,meriah la kan..slalunya usim mmg xpernah buat event mcm ni..nk2 melibatkan skuter2 klasik ni.Alhamdulillah thn ni ada..abi mawar happy la..dan mungkin juga berpuluh2 biji vespa akan hadir kesana..insyaallah..skali lagi kami dari port dickson akan  konvoi ramai2 ke nilai pulak pada hari ahad tu..=)

nk tahu cerita selanjutnya..tunggu la kami ke sana dahulu ye...=P
Baca lagi "KONVOI+HOLIDAY+EVENT=VESPA"

07 Ogos 2011

Karnival Vespa UPSI Tanjung Malim

Pada 30hb Julai 2011,abi,adam dan awe telah bergerak ke UPSI, tanjung malim bagi menghadiri event vespa sempena Pesta Konvokesyen UPSI. Kami bertolak jam 11 pagi dari Nilai dan tiba di sana jam 1 tghr. Sedikit gambar untuk tatapan semua.

 Tiba di tol Tanjung Malim
 Antara vespa yang hadir
 Lambretta special
 motor pemilik shaari tomyam restoran di sungai buloh.Time balik singgah di restoran beliau dan dia belanja kami makan.tq
 Peserta kategori push start
 kena hidupkan vespa dengan cara tolak.siapa yang hidup dulu pemenang
 tolak jangan tak tolak
 perjalanan pulang
 Lambaian racer yang mendapat thumb up dari superbike kerana berjaya seiring dgn superbike atas hiway.
Selamat menyambut ramdhan..Aktiviti bervespa bercuti bagi menghormati bulan ramadhan..
Baca lagi "Karnival Vespa UPSI Tanjung Malim"

20 Jun 2011

Karnival Vespa di Dataran Nilai

Pada 19 Jun 2011,telah diadakan satu karnival vespa anjuran student USIM dan UIA.Geng vespa telah dijemput bagi memeriahkan karnival tersebut.sebanyak 19 biji vespa telah hadir memberi sokongan walaupun acara diadakan pada waktu malam dan terpaksa bekerja pada keesokan hari..jom saksikan gambar sekitar acara tersebut..







Baca lagi "Karnival Vespa di Dataran Nilai"

16 Jun 2011

Vespa Wardah vs Vespa Abi

Sempena ulangtahun kelahiran wardah yang pertama, tok bak telah membelikan wardah sebuah vespa mainan model LX. Nanti boleh ajak abi race dengan vespa..Saksikan gambar vespa wardah dan abi..


Baca lagi "Vespa Wardah vs Vespa Abi"

13 April 2011

Apa tandanya bila abi asyik bercakap pasal vespa???

salam...yess! hari ni nk cakap pasal vespa lagi..mood vespa tgah naik sekarang ni..maklum la..karnival vespa kuala kangsar tengah hangat diperkatakan..ramai yang duk search cari "karnival vespa kuala kangsar 2011" dan x kurang juga yg duk cari tarikh dan tempat yg akan diadakan..Buat pengetahuan semua,dlm blog kami ni pun sebenarnya dah ada entry surat jemputan ke karnival kuala kangsar 2011..nanti leh usha2 ek..dalam sehari mahu tak nya..statistik yang mengunjung ke dalam blog wardah ni dalam sehari 80org yg masuk gara2 karnival kuala kangsar..,rata2 nya dikalangan peminat vespa lah...80 tu baru yg search cari karnival kuala kangsar..xtermasuk lagi yang nak tengok citer pasal wardah lagi..hurmm..Alhamdulillah..sebenarnya lagi ramai lagi baguss..hehe..baru la naik saham sikittt..=P

ohya,ni ummi nak habaq mai kat wardah.thn lepas,masa ummi tgh pregnantkan wardah 7bulan..waktu tu bulan 4 la..24,25hb april jatuhnya tarikh karnival kuala kangsar 2010..abi awal2 tahun lagi asek duk berpantun jerr..nk pergi sana.ummi nekad xnk bg sebenarnya..bukan apa..risau menguasai diri.mana tidaknya..ummi risau kot2 terbersalin sorg2 kt umh..time abi xde..huhu leh jd kacau tuuu...boleh dikatakan setiap malam telinga ummi ni asyik duk dgr karnival kuala kangsar je warr..kdg2 rasa berbulu telinga ni ha..=)tp ape boleh buat..last2 ummi akur jua..kasi la abi pergi..time tu abi senyum kemain lagi lebarrr..macam2 alasan dan syarat abi bagi tau..antara alasannya ialah..

  • honeyy..kasi la hubby pergi,kesian kat biey..dulu masa time belajar kat uitm dah xboleh pergi dah..xde duit nk kumpul..(yg ni leh diterima lagi,tp ummi jawab kesian kat honey..kena tinggal kat hubby)
  • ni la satu2 nya cita2 biey yang..nk pergi sgt2 kat kuala kangsar uhh..mesti best..moto vespa mesti ganah2 kat sana...(yang ni,ummi wat2 xdengar)
  • honey tau x...waktu dalam perut ummi biey lagi biey nk pergi tawww.. (waktu ni ummi dah xboleh tahan...ummi gelak je..sampai satu malam tu bising 1 umah akibat gelak tawa kami berdua)
  • sayang..kalau sayang bg biey pegi,ni last dah..pasni biey da xnak pegi dah..=P
begitula alkisahnya..pada mlm 23hb tu..abi bertolak dari nilai pukul12 pagi dgn vespa miliknya..ummi keseorangan..sepanjang mlm nanges..hilang abes rasa takuttt!! duk pikir abi...abi..abi..je..=) tp dua malam yg berikutnya ummi ditemani kawan2..ajak diorang dtg umah tido dan study kat sini..maklumla..waktu tu juga musim final exam..Pada thn ni,sekali lagi radio telah berbunyi..menandakan..karnival kuala kangsar menjelma lagi..dan kali ni,insyaallah bukan abi sorg je yg pergi...kita bertiga akan turut serta memeriahkan lagi karnival ni..Insyaallah kalau xde aral melintang..sampai la kita ke sana yea wardah??ummi nk sgt tgk event kat sana..mesti bestt!! dgr dari mulut abi duk citer..ilang terus rasa benci kat vespa..dulu kemain lagi xsuka..=)

p/s:to hubby cayangg,taon ni pergi ngan keta je k..honey xnak drive sorg2 lagi dah..ngeeeeeee =0 

Baca lagi "Apa tandanya bila abi asyik bercakap pasal vespa???"

10 April 2011

Tips Berkonvoi Ke Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011

Di sini saya ingin berkongsi pendapat dan tips dengan rakan2 yang merancang untuk berkonvoi ke Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011. Ini hanya merupakan pendapat peribadi sahaja dan mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza..Cuma ingin berkongsi bersama rakan2 vespa di Malaysia dan negara-negara jiran..

Persiapan Sebelum:


  1.  Memandangkan karnival diadakan pada 30/4/2011,dinasihatkan supaya bertolak selewat-lewatnya pada     pagi jumaat (kecuali jika dari tempat berhampiran).
  2. Sila kenal pasti tempat untuk bermalam samada di dewan yg disediakan/surau/masjid/rumah tumpangan/homestay. Sila book awal2 hotel/rumah tumpangan/homestay kerana dikhuatiri penuh.Harga guest house biasanya RM130(teres setingkat 4 bilik lengkap dgn dapur dan tv).Boleh muat seramai 8 orang untuk lebih selesa.
  3. Sila pastikan vespa anda sudah running sekurang-kurangnya seminggu dan anda yakin dengan kebolehan vespa anda.Elakkan daripada baru siap restore motor terus gerak.
  4. Pastikan lampu,brek dan signal(px) berfungsi.
  5.  Pastikan tools dan alat ganti secukupnya. 
  6. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  7. Sila semak laluan yang akan dilalui bagi mengelakkan sesat atau terpaksa melalui laluan yang jauh.
  8. Pastikan tekanan udara tayar ditahap yang tepat (tidak terlalu lembik atau keras).
  9.  Pastikan rakan2 konvoi hadir di tempat yang dijanjikan pada waktu yang telah ditetapkan.


Mula bertolak:


  1. Mulakan dengan doa bagi muslim semoga perjalanan dilindungi.
  2. Pastikan 2T dilebihkan bagi mengelakkan motor jem panas kerana laluan hiway memerlukan 2T lebih dari biasa.
  3. Elakkan menunggang secara beriringan.
  4. Pastikan jarak dengan penunggang dihadapan.
  5. Elakkan berkonvoi dalam satu barisan lurus.Contoh jika motor dihadapan berada di sebelah kanan, sila pastikan anda berada disebelah kiri dibelakang motor tersebut. Ini bagi membolehkan anda nampak jalan dihadapan dan berhati2 jika terdapat lubang atau masalah lain.
  6. Kekal berada di lorong motor kecuali memotong. Jangan sekali2 memotong jika anda tidak pasti dengan kekuatan vespa anda(banyak kes vespa dilanggar dari belakang kerana menggunakan laluan belah kanan).
  7. Pastikan minyak sentiasa ditahap memuaskan. Jgn sekali2 biarkan minyak ditahap reserve krn dikhuatiri stesen minyak seterusnya masih jauh.
  8. Dinasihatkan supaya berhenti rehat sebentar bagi setiap 2 jam perjalanan.
  9. Berhenti menunaikan solat jamak bagi muslim.
  10. Jika motor menghadapi masalah, cari tempat yang selamat untuk berhenti. Elakkan berhenti ditempat yang berselekoh.
  11.  Jika mengantuk,terus berhenti dan tidur sebentar.
  12.  Berhati2 dikawasan berbukit dan berselekoh.
  13.  Pastikan ahli konvoi sentiasa dalam penglihatan.
  14. Jangan sekali2 melawan arus sekalipun untuk menghulurkan bantuan kepada rakan dibelakang. Tunda motor yang bermasalah ke satu tempat.


Lain-lain:


  1. Dinasihatkan bertolak awal ke dewan pada hari sabtu bagi mengelakkan kesesakan dan baju/stiker telah abes.
  2. Jangan sekali2 memulakan provokasi dengan pihak yang kita tidak berpuas hati bagi mengelakkan pergaduhan (mat rempit).
  3.  Sila hormati ahli jemaah surau/masjid yang kita tumpangi. Elakkan membuat bising atau setting motor dekat masjid/surau.


semoga semua selamat sampai dan pulang..

Baca lagi "Tips Berkonvoi Ke Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011"

BBQ Geng Vespa..


Pada 9/4/2011 (sempena genap umur wardah 10 bulan), abi menganjurkan sesi BBQ bersama geng2 vespa bagi mnegeratkan lagi silaturahim antara pemilik vespa. pada awalnya acara diadakan di tepi tasik.Walau bagaimanapun, hujan turun pada jam 5 petang dan sesi BBQ terpaksa dialihkan ke bawah pondok..Terima kasih kepada rakan2 dari klang,bangi,kajang,putrajaya dan nilai kerana sanggup hadir walaupun cuaca tidak mengizinkan..you all rock bebeh...thanks pada ummi kerana bersusah payah menyediakan ayam,sup, nasi etc..


Tasik tempat asal acara diadakan
angin sepoi2 bahasa..
acara bakar membakar bermula..(ayam,udang dan kerang)
hujan yang turun bagaikan mutiara..
barisan vespa dari pandangan atas.
bersedia untuk bertolak pulang..
jika ada kelapangan,boleh diadakan lagi..semoga silaturrahim antara pemilik vespa lebih erat..
Baca lagi "BBQ Geng Vespa.."

27 Mac 2011

Surat Jemputan Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011

Kepada semua pemilik dan peminat kenderaan klasik yang maih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar Karnival tersebut, di sini saya ingin berkongsi maklumat bersama rakan-rakan. Karnival akan berlangsung pada 30 April 2011 (sabtu). Tempat penginapan juga disediakan d dewan orang ramai berdekatan dengan masjid. Hari ahad 1 Mei merupakan cuti umum dan akan diganti dengan hari isnin. Ini bermakna kita mempunyai masa yang sangat sesuai untuk ke sana dan sempat berehat setelah pulang sebelum memulakan tugas..Jom ramai2 ke karnival yang ditunggu2..


sumber daripada scootering.com.my
Baca lagi "Surat Jemputan Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011"

27 Februari 2011

Vespa di Medan

Sepanjang berada di Medan, begitu banyak sekali vespa yang sempat dilihat di sana. Ke mana sahaja, anda akan melihat vespa. Saksikan gambar2 vespa yang sempat di snap..















Baca lagi "Vespa di Medan"