~FOLLOWER TERRBAEK~

10 April 2011

Tips Berkonvoi Ke Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011

Di sini saya ingin berkongsi pendapat dan tips dengan rakan2 yang merancang untuk berkonvoi ke Karnival Vespa Kuala Kangsar 2011. Ini hanya merupakan pendapat peribadi sahaja dan mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza..Cuma ingin berkongsi bersama rakan2 vespa di Malaysia dan negara-negara jiran..

Persiapan Sebelum:


  1.  Memandangkan karnival diadakan pada 30/4/2011,dinasihatkan supaya bertolak selewat-lewatnya pada     pagi jumaat (kecuali jika dari tempat berhampiran).
  2. Sila kenal pasti tempat untuk bermalam samada di dewan yg disediakan/surau/masjid/rumah tumpangan/homestay. Sila book awal2 hotel/rumah tumpangan/homestay kerana dikhuatiri penuh.Harga guest house biasanya RM130(teres setingkat 4 bilik lengkap dgn dapur dan tv).Boleh muat seramai 8 orang untuk lebih selesa.
  3. Sila pastikan vespa anda sudah running sekurang-kurangnya seminggu dan anda yakin dengan kebolehan vespa anda.Elakkan daripada baru siap restore motor terus gerak.
  4. Pastikan lampu,brek dan signal(px) berfungsi.
  5.  Pastikan tools dan alat ganti secukupnya. 
  6. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  7. Sila semak laluan yang akan dilalui bagi mengelakkan sesat atau terpaksa melalui laluan yang jauh.
  8. Pastikan tekanan udara tayar ditahap yang tepat (tidak terlalu lembik atau keras).
  9.  Pastikan rakan2 konvoi hadir di tempat yang dijanjikan pada waktu yang telah ditetapkan.


Mula bertolak:


  1. Mulakan dengan doa bagi muslim semoga perjalanan dilindungi.
  2. Pastikan 2T dilebihkan bagi mengelakkan motor jem panas kerana laluan hiway memerlukan 2T lebih dari biasa.
  3. Elakkan menunggang secara beriringan.
  4. Pastikan jarak dengan penunggang dihadapan.
  5. Elakkan berkonvoi dalam satu barisan lurus.Contoh jika motor dihadapan berada di sebelah kanan, sila pastikan anda berada disebelah kiri dibelakang motor tersebut. Ini bagi membolehkan anda nampak jalan dihadapan dan berhati2 jika terdapat lubang atau masalah lain.
  6. Kekal berada di lorong motor kecuali memotong. Jangan sekali2 memotong jika anda tidak pasti dengan kekuatan vespa anda(banyak kes vespa dilanggar dari belakang kerana menggunakan laluan belah kanan).
  7. Pastikan minyak sentiasa ditahap memuaskan. Jgn sekali2 biarkan minyak ditahap reserve krn dikhuatiri stesen minyak seterusnya masih jauh.
  8. Dinasihatkan supaya berhenti rehat sebentar bagi setiap 2 jam perjalanan.
  9. Berhenti menunaikan solat jamak bagi muslim.
  10. Jika motor menghadapi masalah, cari tempat yang selamat untuk berhenti. Elakkan berhenti ditempat yang berselekoh.
  11.  Jika mengantuk,terus berhenti dan tidur sebentar.
  12.  Berhati2 dikawasan berbukit dan berselekoh.
  13.  Pastikan ahli konvoi sentiasa dalam penglihatan.
  14. Jangan sekali2 melawan arus sekalipun untuk menghulurkan bantuan kepada rakan dibelakang. Tunda motor yang bermasalah ke satu tempat.


Lain-lain:


  1. Dinasihatkan bertolak awal ke dewan pada hari sabtu bagi mengelakkan kesesakan dan baju/stiker telah abes.
  2. Jangan sekali2 memulakan provokasi dengan pihak yang kita tidak berpuas hati bagi mengelakkan pergaduhan (mat rempit).
  3.  Sila hormati ahli jemaah surau/masjid yang kita tumpangi. Elakkan membuat bising atau setting motor dekat masjid/surau.


semoga semua selamat sampai dan pulang..

1 ulasan:

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)