~FOLLOWER TERRBAEK~

Memaparkan catatan dengan label perkembangan anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkembangan anak. Papar semua catatan

17 November 2011

aktiviti yang membina


Salam khamis dari ummi..
=)
wahai mawar..sejak dua menjak ni awak dah makin lewat masuk tido.
selalunya..pukul 10pm,mawar pasti akan menenyeh2 matanya tanda nk tido.
tp sejak ada mainan ni.mawar makin aktif melayan baby doll
dan juga sibuk dgn bisness jualan dan masakannya.
kadang2 nampak sgt xtahu nk cekau yang mana.
hehe

bila boring main masak2..dia tolak doll.then lepas tu tiba2 nk naik vespa la pulak..
sekarang mawar dah makin pandai handle vespa.kalau nk belok kiri..
dia akan kekirikan handle motor tu.bila dekat dgn dinding.
mawar akan berhenti supaya x rempuh dinding.
kadang2 bila tgk mawar sendiri yang bawak.ramai yang xpercaya..betul ke tu mawar.
badan kecik je..duduk atas seat pn macam xduduk.
umurr?? arghh..saya baru setahun lebih la...  (mawar yg kata)huhu

bila pakcik2 mawar tgk mawar drive vespa.ketawa sakan la dorang.
mawar pn boring asik bwk vespa dlm umah n kat taman je.
Insyaallah..ada kesempatan,kita ajak abi ke putrajaya lak.
kat sana luas n simen dia ok sikit.

okais..cakap pasal aktiviti yg membina ni..
ummi suka bila tgk mawar belajar sambil bermain.
macam main market set ni.
kalau dulu..masa ummi kecik2.ummi suka sangat main jual2 dgn sepupu2 ummi.haa..dulu kreatif.pikir sendiri mcm mana nk jadikan matawang sbg simbol belian tu.
soo..ummi jadikan daun sbg duit kertas..then batu2 kecil sbg duit syiling.. =P
dulu ye la..mana senang nk jumpa benda2 macam ni.

sekarang mudah..cuma tinggal nak main je.tp fasal mawar ni xde kwn nk join.
jadi ummi la yg kena ada sekaki utk ajar mawar berniaga.
boleh la ajar matematik sikit2 kan..
mcm mana nk bg balance duit ape smua.
so nice!

mawar npk sgt eksaited main benda ni.mula2 xpndai.
sekarang boleh tahan sikit..dah mula faham.
biasala..naluri budak perempuan.xkn lepas punya main masak2 n jual2 ni.

ummi juga ada belikan mawar set colouring book dan crayon warna
alhamdulillah..mawar juga nampak happy melakukan aktiviti tersebut.
hari2 nk mewarna..tgk je buku warna.terus mintak crayon.
opsstt crayon ummi mmg trpaksa letak tggi2..n aktiviti mewarna ni mmg wajib kena ada skli dgn mawar..kalau x...abis crayon dia buat jd gincu bibir! hihi perempuan kan..bisala tu.

selain tu..aktiviti membaca huruf2 hijaiah jg wajib diajar.sambil main2..tunjukkan skali flash card pengenalan Al quran tu(tq utk ummu muhammad krn bg hadiah ni) =).sambil nyanyi2 dan paling koman pun ummi pasangkan you tube. syokk jg mawar belajar.
bila zaman dh moden..mcm2 alat bantuan kita leh ajar.cuma nak dgn tak je la.
huhu tp kdg2 ada juga kekangan waktu.depend on time jg la.

p/s:harap segala aktiviti yang ada ni..mawar dpt ikuti sebaik mgkin,memandangkan mawar ni cepat tangkap apa yg kita ajr..jd ummi lebih suka menggunakan pendekatan ini.
bermain sambil belajar..


Baca lagi "aktiviti yang membina"

15 November 2011

MAWAR DAN KOLEKSI

Salam..masuk harini dah 2 hari abi xde bersama kita.aiwah..abi mawar skrg outstation kt genting highland.Insyaallah,esok ptg dapatlah jumpa abi.sejak abi xde ni.ayah cik dan ayah teh la yang temankan kita berdua..import jauh dr kampung tuh..hihi nasib baik depa berdua dh abis exm upsr dan pmr.so bercuti la sementara kat sini yea..=) oleh kerana mereka berdua ada kat sini.umi bawak la diorang makan angin sikit.Opsst! terima kasih buat hubby tercinta.cz izinkan honey keluar jalan2 makan angin dgn adik2..kalau ummi nk keluar dgn mawar.konfem xboleh kan..yelah..xde siapa teman,abi risau jika pape berlaku kat luar sana.kalau ada muhrim bersama.dah tentunya lulus! =)

okais..hari ahad lepas.kami br sampai dari kmpung pd jam 6pg.dalam tghari cenggitu.kami gerak jalan2 sekitar sunway piramid..shopping2 sikit kat sana..pastu balik kami pekena ais cendol pulak.then balik umah rehat..penat belum hilang lagi masa tu kan..=)

semalam..lepas kelas pukul4ptg.ummi cepat2 pikap mawar dr taska,then pikap uncle's mawar untuk keluar jalan2 sekitar alamanda putrajaya..kat sana ummi sempat terjah kedai toys r us kat alamanda tu.siap join member lg.then kami beli brg sikit kat sana.sekitar jam 6.30ptg.baru la keluar untuk pulang kembali ke rumah..tp ummi xdpt balik pn.just hntr uncle's mawar then terus ke kelas pula. =) penat kan?? tp xpe..puas hati..cuma rindu abi mawar je..huhu sempat belikan bola,kasut,dunkin donut utk mawar

hari ni..abi mawar cakap bawak la adik jalan2 sekitar nilai pula.ke tesco,nilai 9 avenue..tp ummi bwk g tesco je kejap.ayah cik nk beli baju.pastu kami meneruskan perjalanan kami ke  nilai 3 pula.haa..jalan punya jalan..akhirnya kat sini dpt la belikan mawar market+kitchen playset..kemain lagi survey harga..daripada harga beratus2..last2 dpt jg harga berpatutan.Alhamdulillah..rezeki mawar. =). bak kata pakcik2 mawar..adoii..ummi mawar asik bawak ke tempat shopping mopping je..kopak dah duit dorang gara2 semua brg diorang  tgk..diorang berkenan! kikiki..


 set buku yang ada.opst ada 10 buah big book yg masih lg kat kg.
xmuat nk angkut dtg sini br2 ni.
tiap2 malam..mawar mesti nk dgr cerita dr ummi sblm tido.
selagi xbaca ulang kali.selagi tulah merengek.
 bakul bear dan kotak mainan.
 pink doll hadiah dr ayah ngah.yg suka nangis nk susu.huhu
doll dh dpt stroller br.
makin syiokk mawar tolak stroller tu.
 toy sand,pelampung dan bola untuk rehlah ke pantai..

tarra..market set 2 in 1.boleh dibuat kitchen set jugak..
main jual2 dan masak2..huhu
Baca lagi "MAWAR DAN KOLEKSI"

24 Jun 2011

pilih lokasi sesuai dengan usia anak untuk bercuti

Aktiviti percutian bersama anak-anak bertujuan untuk membuatkan mereka riang dan gembira. Mungkin bagi kanak-kanak yang sudah besar, mereka berasa seronok bila diajak berjalan tetapi bagaimana pula dengan si kecil yang tidak tahu apa.

Panduan memilih lokasi percutian mengikut usia anak anda mungkin boleh membantu aktiviti liburan menjadi kenangan menyeronokkan.
Bayi baru lahir
Paling mudah bercuti membawa bayi di bawah usia tiga bulan. Tiada rungutan daripada mereka kecuali sedikit gelisah jika anda tiada di sisi. Mungkin kerana mereka rasa kurang selamat dengan keadaan persekitaran yang baru. Sekiranya bercadang bercuti ke destinasi yang jauh dalam jangka masa yang lama, berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat serta ubat apa yang perlu dibawa atau tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
3 hingga 6 bulan
Ketika usia bayi sebegini anda boleh membawanya ke destinasi pelancongan yang lebih jauh kerana mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.
6 hingga 12 bulan
Semakin besar semakin bijak. Perkembangan kanak-kanak semasa kecil sangat pantas. Ketika usia begini, mereka agak sukar dibawa berjalan. Mereka mudah mendapat kawan kerana begitu peramah dengan sesiapa sahaja.
Ini masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka dengan persekitaran. Pilihlah lokasi percutian yang dekat dengan alam semula jadi.
12 hingga 18 bulan
Bersantai bersama kanak-kanak usia ini memang memenatkan. Mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Jadi, bawalah mereka ke tempat yang mudah anda awasi. Contohnya ke kawasan percutian yang ada permainan yang dibina khas untuk kanak-kanak.
18 hingga 24 bulan
Mereka semakin bijak dan lasak. Anda sudah boleh membawa mereka ke mana sahaja. Jika bercuti di hotel, gunakanlah kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan anda penat melayan kerenah mereka. Berenang di kolam renang selain daripada bersantai boleh juga anda mengajar mereka berenang.
2 hingga 3 tahun
Mereka sudah boleh diajar berbincang untuk memilih lokasi percutian. Oleh itu jangan lupa ambil kira pendapat mereka. Pada usia ini anda sudah boleh mengajar mereka adab sopan apabila melancong ke tempat orang. Selain itu, anda boleh mengajar mereka tentang kemahiran hidup. Jadi percutian berkhemah atau aktiviti lasak terutama kepada anak lelaki memang pilihan yang bijak.
Sebenarnya apa pun lokasi pilihan anda, yang penting anda berdua perlu bijak melakukan perancangan agar percutian lebih bermakna.

artikel diambil dari:majalah pa&ma.

Baca lagi "pilih lokasi sesuai dengan usia anak untuk bercuti"

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.
2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.
3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.
4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.
5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.
6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.
7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.

artikel diambil dari:majalah pa&ma.
Baca lagi "7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda"