~FOLLOWER TERRBAEK~

Memaparkan catatan dengan label islam itu indah... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam itu indah... Papar semua catatan

27 Oktober 2011

i-huffaz AL QURAN USIM.

Salam..Alhamdulillah..harini ummi sempat mendaftarkan diri
 untuk memasuki pertandingan i huffaz.anjuran usim..
baru pertama kali ummi cuba menceburkan diri.
sebelum ni ummi hafal quran kat rumah je,
dan abi pula tukang tasmi' bacaan..

selagi xkena @ xingat..selagi tu lah kena hafal sampaila ingat.
tp lumrah manusia..bila hafal xjaga btul2.
hmm..sikap ni la ummi kena buang jauh2..xbaik bila dah menghafal quran tp xingt!

Insyaallah..semoga ummi terus berusaha..
dalam masa xlebih 3minggu ni.
kena cekalkan hati untuk menguji tahap ingatan ummi.
semoga dapat mengharungi cabaran al~huffaz kategori 1 ini
aminn..


ummi nak mawar menjadi seorang muslimah solehah+profesional+hafizah.
insyaallah..oleh itu.ummi harus menjadi 
contoh terbaik untuk mawar.


Baca lagi "i-huffaz AL QURAN USIM."

24 Oktober 2011

ummi vs purdah.

Salam..
Alhamdulillah..terasa amat bahagia diri ini sejak mula "berpurdah"
harini merupakan hari ketiga ummi memakainya.
doakan ummi semoga terus istiqomah..
walaupun kat kampus ummi tidak dibenarkan berpurdah.
Insyaallah..diluar kampus.ummi akan terus berpurdah.

semoga dengan berpurdah..
ianya akan mendidik jiwa dan sikap ummi kearah yg lebih baik.
terima kasih buat suami tercinta..
kerana sentiasa mendidik isterimu ke arah kebaikan..

abi la orang yg utama yg membimbing dan mendorong ummi.
tanpa abi..ummi mungkin tidak sekuat ini..
jika sebelum kahwin..ummi hanyalah seorang wanita biasa..
yg suka mengenakan tudung bawal kecil..
masa bertunang..ummi disokong oleh abi utk memakai yang lebih besar..
(bidang 60")
benar..jika ingin berubah..jgnla secara drastik..
ummi mula bertudung labuh setelah memakainya dihari akad nikah ummi.
bermula disitu..ummi terus mengenakannya..
Alhamdulillah..

setelah 2tahun lebih mendirikan masjid..
abi meminta kpd ummi agar mengenakan purdah..
aiwah,jika inilah permintaan abi..
ummi sanggup lakukannya..demi ALLAH,suami dan solehah.
semoga niat murni ini terus mekar..
bagi ummi tiada yg lebih bahagia..
apabila dapat melihat suami bahagia..=)

Baca lagi "ummi vs purdah."

13 Oktober 2011

Keistimewaan memakai purdah/niqab



- Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan waajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.

- Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.

- Di syurga Allah beri 70x ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.

- Siti Fatimah berkata padaRasulullah S.A.W, "Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripadaMADU tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.

- Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat samada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.


Subahanallah..begitu tinggi darjat yang diangkat bagi wanita berpurdah ini kan..tetapi begitu banyak juga halangan yang harus ditempuh..tidak perlu bimbang jika niat kerana Allah,tiada apa yang perlu ditakuti kerana Allah yang mengetahui isi hati kita dan hanya DIA yang bersama dengan orang2 yang berjihad dan benar..(^_^)
Baca lagi "Keistimewaan memakai purdah/niqab"

11 Ogos 2011

~DOA KASIH SAYANG UNTUK SUAMI DAN ISTERI~

Berikut merupakan doa yang boleh diamalkan pada setiap selepas solat fardhu atau selepas solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri. Semoga Allah makbulkan segala hajat kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin..


Baca lagi "~DOA KASIH SAYANG UNTUK SUAMI DAN ISTERI~"

03 Ogos 2011

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”
Baca lagi "KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIH"

08 Jun 2011

Fadhilat bulan rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 



Baca lagi "Fadhilat bulan rejab"

19 Mac 2011

~WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA~

Di sini umi nk kongsi dan sebarkan sedikit ilmu yg umi perolehi..walaupun umi memperolehinya dari seorang sahabat(Nusairah) yg sudi bagi warkah ni pd umi tempoh hari sewaktu lepas kuliah..so,umi amek dan baca...ni nk kongsi lak pada sahabat2 kt dalam ni..=)

  1. Dirikanlah solat apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al-Quran atau buku2 atau dengarlah perkataan yg baik2 atau berzikirlah kepada Allahdan janganlah membuang masa walau sedikit pun perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh2 lah saudara untuk bertutur bahasa arab yang betul(fus_hah)kerana sesungguhnya itu adalah syiar-syiar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yg berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yg nyaring itu adalah suatu resmi yg sia2 dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi oran,mengecam pertubuhan2 dan jgnlah bercakap melainkan mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dgn tiap2 saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lbh bnyk daripada masa yg ada.Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tntg cara2 bagaimana hndak menggunakan masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya...

p/s:buat antum semua dan sebagai peringatan buat diriku yang lupa....
Baca lagi "~WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA~"

19 Februari 2011

Kuliah Maghrib di Masjid BB Nilai

Pada malam sabtu selepas maghrib, kami sekeluarga pergi ke Masjid Bandar Baru Nilai bagi menghadiri kuliah maghrib yang diadakan setiap hari sabtu. Malam ini giliran Ustaz Najmuddin, Penolong Pengarah Kanan ILIM (ustaz feveret abi)menyampaikan kuliah.Beliau menekankan mengenai tatacara pemakaian umat islam masa kini. Akhir sekali,beliau menutup kuliah dengan mmetik kata2 dari Saidina Ali..

"JANGANLAH KAMU MERASA PENAT UNTUK BERIBADAT KERANA RASA PENAT ITU AKAN HILANG TETAPI PAHALA AKAN KEKAL, DAN JANGANLAH KAU BERASA SERONOK MELAKUKAN DOSA KERANA KESERONOKAN ITU AKAN HILANG TETAPI DOSA ITU AKAN KEKAL"

Renung-renungkan dan supaya amal kita diterima Allah dan diampunkan dosa. Persiapkanlah diri dengan menuntut ilmu dan mengamalkannya..



--------------------------------sedikit gambar wardah semasa disana---------------------------

nak merangkak ke mana tu sayang..
tu buku catitan kuliah maghrib..jgn koyak tau..
beress..dah masuk mulut pun..habis separuh kertas dalam buku tu wardah koyakkan.seb bek xde catitan kat situ..
wardah lapar la umi......balik nanti kita mamam k....??
Baca lagi "Kuliah Maghrib di Masjid BB Nilai"

12 Februari 2011

~IMAM MUDA~

PROGRAM IMAM MUDA QARYAH 2011

Nama Program : Imam Muda Qaryah
Anjuran : JAWI

Objektif
• Melahirkan imam muda di Wilayah Persekutu an yang mampu menjadi imam yang profesional dan serba boleh (multi-tasking)
• Menghasilkan imam muda yang berilmu dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang
• Mewujudkan generasi imam muda yang berketrampilan dan berwibawa yang akan membimbing masyarakat ke arah kebaikan
• Mengembalikan semula kepercaya an masyarakat kepada generasi muda yang terbukti mampu menjadi contoh (idola) dan pemimpin generasi Islam masa hadapan.

Syarat-Syarat Penyertaan
• Terbuka kepada warga kariah masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.
• Tidak terlibat dalam kes-kes penyalahg unaan dadah.
• Tidak disabitkan dengan mana-mana kes jenayah di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.
• Peserta yang bermastautin / bekerja di Putrajaya boleh mendapat pengesahan dari Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah., Cawangan Putrajaya . Pengesahan palsu mengakibatkan penyertaaan peserta akan ditolak secara automatik .

Format Program
• 100 orang peserta dari setiap zon di Kuala Lumpur manakala 50 orang peserta Imam Muda dari Putrajaya akan mengikuti modul yang disediakan selama 5 bulan pada hujung minggu , bermula Februari hingga Jun 2011.
• Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mewakili zon ke peringkat akhir pada bulan Julai 2011
• Peserta akan didedahka n dengan modul aqidah, akhlak, tajwid, kemahiran kaunseling dan dakwah bagi melengkap kan diri ke arah imam yang bersifat multi tasking.
• Tiada sebarang penyingkiran sepanjang program.


Hadiah-Hadiah Yang Ditawarkan
• Tempat pertama : wang tunai bernilai RM 20,000, umrah, sijil penyertaa n beserta hadiah iringan.
• Tempat kedua : wang tunai bernilai RM 15,000, sijil penyertaa n beserta hadiah iringan.
• Tempat ketiga : wang tunai bernilai RM 10,000, sijil penyertaa n beserta hadiah iringan.
• Hadiah saguhati : wang tunai bernilai bernilai rm 1,000.00, sijil penyertaa n
beserta hadiah iringan
• Setiap peserta : mendapat sijil penyertaa n & tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutu an

Tarikh Tutup Penyertaan : 3 Januari 2011

Borang boleh didapati di JAWI cawangan Putrajaya , Surau dan Surau Jumaat Sekitar Putrajaya .

-----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,pada pagi 9hb yg lalu..umi telah mendapat panggilan daripada abi yg menyatakan bahawa beliau telah berjaya terpilih menjadi salah seorang peserta program IMAM MUDA..tahniah buat abi...Alhamdulillah..syukur kepadamu ya Allah..diatas kurniaanMu kepada kami..di sini umi sediakan sedikit lampiran untuk kenang2 an..

Insyaallah..abi akan mula mengikuti program tersebut pada esok hari(13hb-02-11)semoga abi dapat apa yang ingini selama ini..ameen..umi yakin abi boleh melakukan yg terbaik walaupun abi bukanlah seorang ustaz..xsalahkan seorang akauntan jadi imam??walaubagaimanapun,dengan asas dan didikan daripada tok bah dan tok umi selama ni(jutaan terima kasih buat mertuaku)..abi sudah biasa memikul tanggungjawab sebagai imam dan pembaca khutbah kat kampung.dengan terpilihnya abi sebagai peserta imam muda ni merupakan satu anugerah besar bagi umi dan wardah...semoga abi dapat membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan sebagai pemimpin generasi Islam masa hadapan.ameen..

------------------semoga umi pun dapat jadi seperti tok umi----insyaallah--------
Baca lagi "~IMAM MUDA~"

09 Februari 2011

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '

(An-Nisa':1)


Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.
Baca lagi "Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia"

28 Januari 2011

Doa Majlis Perhimpunan

Pada hari ini,abi telah ditugaskan untuk membaca doa di majlis perhimpunan jabatan. Di sini abi ingin berkongsi doa tersebut semoga boleh menjadi rujukan kepada yang berkenaan (ciptaan sendiri)...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

Segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam

Selawat dan Salam atas rasul junjungan nabi Muhammad SAW


YaAllah Ya Rahman

Pada hari yang penuh keberkatan ini

Kami menadah tangan melafazkan kesyukuran

Perbaikilah urusan dunia dan agama kami

Berilah cahaya petunjuk

Pandulah kami ke jalan yang lurus

Peliharalah kami daripada segala kejahatan dan keburukan


Ya Allah

Kami berdoa dab bermohon kepadaMU

Sinarilah hati kami dengan pancaran iman

Diri kami dengan keperibadian mulia

Dada kami dengan ilmu pengetahuan

Jiwa dan rohani kami patuh dan taat kepada AlQuran

Semoga kami menjadi insan yang cemerlang


Ya Allah Ya Rahim

Kami memohon agar engkau jadikan perhimpunan hari ini

sebagai perhimpunan yang engkau berkati dan redhai

Semog melalui perhimpunan ini

Mnjadi wadah mengeratkan perpaduan antara kami

Dalam menghargai nikmat kesejahteraan

Demi agama, bangsa dan negara tercinta
Baca lagi "Doa Majlis Perhimpunan"

khas buat suamiku...

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..
Baca lagi "khas buat suamiku..."