~FOLLOWER TERRBAEK~

10 November 2013

hari ke-7 kelahiran,disunatkan 3 perkara.

Alhamdulillah..pada hari ketujuh kelahiran baby dayyan bersamaan 15hb oktober 2013 pada hari raya korban pertama..kami telah selesai melakukan 3 perkara sunat buat anak kedua kami..iaitu AKIKAH, MENCUKUR  RAMBUT dan MEMBERI NAMA..

Alkisahnya..pada hari keenam iaitu hari jumaat..ummi dan abi bangun seawal pagi untuk bertolak ke rumah tok GURU Nik Aziz..harapan kami..dapatlah potong jambul dan tahnik dengan tok guru..tapi mungkin xde rezeki kami waktu itu..abi dan ayah teh dah ready beratur panjang mengikut Q sambil memaku dayyan.. tapi xsempat..waktu tu tok guru dah mengah dan xlarat,jadi beliau meminta untuk berhenti dan berehat shj..lebih kurang 10 orang yg beratur terpaksa balik semula.memang ramaaaii sngat yg kesana..kesian jgk tok guru memandangkan beliau pun sudah uzur.jadi ummi dan abi balik berbincang.. keesokannya pd hari raya korban pertama tu..kami menjemput ayah long(pak sedara abi) yang tahnik dan potong jambul.Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan.dan telah selesai disempurnakan.

Pada hari ketujuh itu juga,disunatkan akikah..Kalau anak laki-laki, dua ekor kambing atau dua bahagian lembu.Anak perempuan, seekor kambing atau 1 bahagian lembu.Memandangkan kami mendapat bayi lelaki.. kami amek 2 bahagian daging lembu untuk dibuat akikah..daging tersebut kami masak dan jamu sedara mara dan orang kampung..Alhamdulillah..

Perkara ketiga ialah sunat memberi nama.. pasal nama, ummi dan abi memang orang yang sangat simple..masa mengandung..ummi xpernah terfikir nak pilih atau cari nama bagi anak2 ummi..sebab ummi tahu..kalau ummi cari kompem my couple bangkang..hahaha.. jadi dalam masa 7hari tu..ramai juga yg tanya nak bg nama apa..kami senyumm..n geleng pala..ckp xde nama lagi..tunggu la keajaiban di hari ketujuh..hehe
selepas je majlis tu selesai.. kami announce yang baby boy ni diberi nama Ahmad Dayyan.. tu pun malam sebelum akikah kami pilih n decide..hihii
 abi pun amek part jugak potong jambul..hihi
 ayah long mentahnikkan dayyan..
 good boy..langsung xnangess..

 actually..selepas potong jambul 15 oktober 2013..kami xberani lagi nak botakkan terus dayyan waktu tu..sebab kecik dan dia punya kepala pun masih lembik..xnak terjadi mcm kak mawar dulu
kami hold tunggu dayyan besar sikit..dan 1hb nov 2013..jumaat lepas
nanny req nak botakkan..sbb tgk dia mcm dah rimas.rambut makin panjang dengan ruam lagi..
so ini budak sudah botakk maa..gambar ni semalam diambil..dan seminggu sudah rambutnya dibotakkan
:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)