~FOLLOWER TERRBAEK~

15 Julai 2013

menu 3 ramadhan 1434H

salam..uhhhu..tertengok komen post yg lepas..kikiki sis marlina nk tgk gambar..kebetulan masa ramadhan ke tiga,,ummi smpat masak awal..so,snap la sekeping..walaupun bab pleting dia fail..maklumla..nk masuk tekak jgk kan..haha time ni ada ikan kering best tgk msak atas dapur..malas nk tggu kehadiran ikan kering itu..:P

hari kedua berpuasa,,dh masak ikan percik 2ekor..kebetulan ada lagi sekor dlm peti ais..hajat dihati nak abiskan stok ikan..ummi buat lg ikan percik..nak redakan keinginan ni ha..amekk 2hari makan ikan percik..kikiki..then lauk tambahan..ayam pedas..cukupla kami bertiga makan..:)

sebenarnya lagi best masak time bulan puasa..daripada membeli di bazar.satunya.kita xtau masakan orang tu cmne..pembersihkah dia..or sedap ke x..

hurm..untuk resepi ikan percik kelantan..ummi nk share resepi dari AYAM PERCIK KELANTAN
Recipe by: Kak Jie Jie 

kalau nk try..sila2..tapi kat sini ummi xbuat ayam..guna ikan kembong je.. tp step still sama okay :)

Bahan-bahan:
  • 3 ketul dada ayam 
  • 4 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam keping 
  • sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung) 
  • Garam secukupnya 
  • Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje) 


Bahan kisar:
  • 2 inci halia 
  • 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh) 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih. 
Bahan untuk rebusan ayam:
  • 3 ulas bawang putih-dititik 
  • 1 inci halia- dihiris-hiris
  • Sedikit garam 
  • 1 keping asam keping. 
  • Air secukupnya. 
Cara-cara: 
  1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan-bahan rebusan dan toskan .
  2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih. 
  3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul. 
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. (Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.) 
  5. Apabila sudah cantik kuahnya (berkilat sikit) angkat dan ketepikan. 
Cara membakar:
  1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana. 
  2. Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi. 
  3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)