apa itu sibutramine?
Sejak akhir2 ni ada sesuatu produk kesihatan/pelangsingan
dirampas..kerana mengandungi SIBUTRAMINE..Apa SIBUTRAMINE tu?
Sibutramine adalah ubat kawalan yang hanya boleh diberi oleh doktor
kepada pesakit obes yang mana ia perlu diawasi oleh doktor. Tidak boleh
diambil sewenang-wenangnya kerana risiko kesan sampingan yang berbahaya.
Buat pengetahuan anda di luar sana, Sibutramine ini pun
telah diharamkan oleh KKM untuk penggunaan di mana-mana hospital,
klinik atau farmasi di Malaysia. Bermakna, Sibutramine ini memang tidak
boleh dijual oleh klinik atau farmasi berdaftar sekalipun.
Apakah
kesan sampingan Sibutramine? Sibutramine boleh meningkatkan risiko
serangan jantung dan strok bagi mereka yang mempunyai sejarah masalah
jantung. Tekanan darah, denyutan jantung serta nadi juga boleh naik,
sebab itu perlukan pengawasan oleh pakar berkaitan.
Kesan-kesan lain
yang direkodkan adalah loya dan muntah, mulut menjadi kering, masalah
perut dan sembelit, sukar tidur, mengantuk, pening kepala, perubahan
'mood' dan kekeliruan dan macam-macam lagi.
p/s: berhati-hati lah dalam memilih sesuatu produk. janganlah sampai memudaratkan kesihatan kita..
bahayakan kalau kita tak tahu..
BalasPadamYоur poѕt οfferѕ established
BalasPadamhelpful to us. Ӏt’ѕ very еducatіonаl
and you really are natuгally really exρeгienсed
in thіѕ arеa. You have opened my
eye to be able tο variоus thоughts
аbout this paгtіcular subjeсt together with intrіquing, notable аnd solіԁ content material.
my wеb ѕite ... viagra online