~FOLLOWER TERRBAEK~

21 Februari 2012

ayam penyet @avenue9

Salam..malam kelmarin,abi mawar teringin nak makan ayam penyet..so,petang tu lepas bangun tidur.terus abi ajak keluar..ikutkan hati ummi dah malas nak keluar.maklumla penat nak ulang alik panjat tingkat 5 apartment ni..huhu tapi nak tak nak..kena ikut juga la kan..kesian pulak kat abi keluar tak berteman.. =) sebenarnya tujuan kami keluar nak amek angin jalan-jalan sekitar nilai..pergi topup touch n go,isi air..basuh keta.tapi last-last abi teringin pula nak makan ayam penyet..jadi,kami terus ke avenue9 kat nilai ni haa..singgah makan malam terus. =) jimat tenaga untuk memasak malam tu.huhu =)

makan malam yang di order..
ayam penyet,udang penyet,sayur lemak pucuk ubi.dan 2 pinggan nasi putih.
hehe..setiap kali pergi ke restoran ayam penyet,memang xteringin nak makan menu lain selain dari ini.
sebab dah tahu,makanan indonesia yang special ni je bagi kami.
yang lain bukan xpernah cuba..tapi tak kena dengan selera kami..kalau orang lain tak tahu la pulak..
pergi medan tahun lepas pun,kami sanggup terjah cari restoran yang betul-betul sedap especially dalam masakan ayam,lele dan udang penyet..

mawar tengah syiok mencuba minuman ummi dan abi.abi jus epal hijau..dan ummi pulak masmelon shake juice..=) budak tecit rela nak makan..sebab lagi best ngap biji hitam yg kat dalam air tu.

ape yang special ayam penyet??
bagi ummi yang paling special..ayam dan sambal dia tu..
ayam rangup dan sambal dia pulak...aummm..mengancam! pedas!
selalu letak sayur kangkung rebus,tapi malam tu dia ganti kubis sebagai sayur..=) 
gulai pucuk ubi dia pun best..pedas dan memang kena dengan selera kami malam tu..
Alhamdulillah


itu sahaja menu makan malam untuk malam kelmarin..nanti petang kita update pasal perjalanan kami ke klcc dan pasar seni dengan menaiki KLIA TRANSIT pula..=)
 

6 ulasan:

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)