~FOLLOWER TERRBAEK~

05 Januari 2012

PERTAMBAHAN PELAJAR QIRAATI.

Salam..hari ini ummi nak cerita pasal pusat bimbingan qiraati al-furqan. =) semalam memang giliran abi dan ummi mengajar..dalam pusat qiraati ni..hanya ada 4 subjek sahaja buat masa sekarang ni.iaitu qiraati,fardhu ain,bahasa arab dan bahasa enggeris..untuk subjek bahasa inggeris,jadualnya setiap hari isnin,subjek qiraati dan fardhu ain pada hari rabu dan khamis termasuklah subjek bahasa arab hari khamis juga.

semalam memang kami tak jangka langsung yang pendaftaran untuk kanak-kanak dan dewasa ramai sekali.selalunya jika tak ramai,kami hanya buat satu kelas je.tengok keadaan,if kelas dewasa ada..terpaksa la kami asingkan.ummi mengajar kelas kanak-kanak dan abi pula mengajar kelas dewasa.

untuk kelas kanak-kanak,sudah hampir mencecah 10 orang..jadi lepas ni memang konfem kena cari tenaga pengajar baru untuk tampung jumlah pelajar.risau bila dah ramai nanti budak tak boleh fokus.. =) 

yang bestnya..semalam ada budak umur 4tahun daftar juga.alahaii kecik benar budak tuh.perempuan..kata maknya,dah xpakai pempes..tapi kalau nk ke tandas dia akan bagitahu..=) semalam sesi hari pertama pembelajaran bermula bagi tahun 2012,maka ramai la mak ayah yang tunggu sekali kat lua..mula-mula ada yang tunggu sampai ke dalam kelas sebab anak tak bagi duk jauh..hehe nakal betol tgk ragam budak2 ni.ada yang nanges..excited..takut.last2 keluar ikut mak jugak.. =)

mawar pun ikut sekali semalam..belajar sama-sama..suka la dia bila ramai kakak/abang yang datang kan..dari umur 4tahun-11tahun..Alhamdulillah..ummi start kelas pada pukul8 malam..dan dalam pukul9 lebih kitorang stop dulu belajar..tunggu abi tamatkan kelas dewasa untuk sesi solat jemaah ramai-ramai..time ni abi akan cek sorang-sorang tatatertib mengambil wudhuk sebelum solat.then baru la solat sama-sama..Alhamdulillah..oleh kerana mak ayah budak yang tunggu sekali tu ada..jadi,ayah budak tu pun ikut sembahyang jemaah juga.penekanan kami kat sini supaya budak2 bukan saja dilatih dengan membaca al-quran sahaja,malah kami juga ingin melatih kanak2 tersebut dengan membiasakan diri mereka solat berjemaah.disamping mengajar ilmu-ilmu fardhu ain.

semalam abis awal.dalam pukul 9.50 sebab ramai budak-budak baru yang tak bawa buku untuk menulis.jadi insyaallah.malam ni subjek fardhu ain akan bermula seperti biasa..selepas waktu solat..


P/S: lagi happy bilamana ada sorang budak datang menghampiri ummi dan berkata.."ustazah...bestla belajar dgn ustazah.. " wahh..xterkata ummi..depan maknya pulak tu.hanya senyuman dan kalimah Alhamdulillah mampu ummi katakan..alahai adik..jumpa malam ni pulak yea sayang.. =)

8 ulasan:

  1. pusat bimbingan qiraati al-furqan ni beroperasi di presint 15 putrajaya..berhadapan mydin,atas kedai buku pustaka mukmin..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,seronok baca pengalaman akak ajar kanak-kanak.teringat ajar kanak-kanak di MindaCerah Arrazi tahun lepas.hehe.macam berminat nak join jadi tenaga pengajar kat tempat akak boleh?hehe.jika ada peluang=)

    BalasPadam
  3. annur: boleh2..insyaallah jika ada,kami akn hubungi annur..nti bg no.tel akak boleh akak cll annur..pm dekat inbox fb ye.. =) terima kasih..

    BalasPadam
  4. alaa putrajaya jauh , tidak sy pun nak juga belajar Qiraati ..

    BalasPadam
  5. ye pb..rata2,orang yang datang belajar ni pun dari area putrajaya..tu pun dorang cakap susah nak cari tempat belajar..insyaaallah..semoga ada juga di tempat pb..

    BalasPadam
  6. ye pb..rata2,orang yang datang belajar ni pun dari area putrajaya..tu pun dorang cakap susah nak cari tempat belajar..insyaaallah..semoga ada juga di tempat pb..

    BalasPadam
  7. salam.. untuk kanak-kanak 3 tahun boleh tak belajar kat sini.. saya aajar anak saya mengaji tapi asyik merajuk jer dgn saye..

    BalasPadam

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)