~FOLLOWER TERRBAEK~

20 Ogos 2011

Doa Mohon Keselamatan Perjalanan Pulang Beraya

Kita semua akan pulang beraya k kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ada yang menaiki bas, keretapi,kapal terbang dan memandu kenderaan sendiri. Dan setiap kali raya, Ops Sikap diadakan bagi mengurangkan jumlah kemalangan tetapi gagal. Dan plbagai slogan digunakan termasuk Anda Mampu Mengubahnya. Menurut seorang ustaz, slogan tersebut adalah sesat lagi mnyesatkan kerana takdir tiada siapa yang mampu mengubahnya.Slogan itu juga mengabaikan kebergantungan dan pengharapan kepada Allah kerana semua bergantung kepada kita. Apa yang paling penting, kita perlu berdoa untuk dilindungi Allah rohani dan jasmani. Bagi yang memandu laju, semuanya bergantung kepada hati.rasa nak cepat,dengki lihat org lain laju,dll semuanya bergantung kepada hati dan hanya mengingati Allah hati akan rasa tenang.


Di sini ingin berkongsi beberapa doa memohon perlindungan daripada Allah semoga di lindungi perjalanan dan selamat sampai ke destinasi..

Mulakan perjalanan dengan                        
     بسم  الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyanyang"


Diikuti dengan doa 
بسم الله الذي لأ يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
"Dengan nama Allah, denganNYa akan terhalang segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Ia maha mendngar lagi maha mengetahui"

Doa Nabi Nuh ketika Allah menurunkan bencana banjir besar dan selamat berlayar dan berlabuh:
بسم الله مجريها و مرسىها
"Dengan nama Allah di waktu berlayar dan berlabuh"

Doa menyerahkan segala urusan kepada Allah:
بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya tiada yang berkuasa melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Besar".

Dan baca Doa Naik Kenderaan:
سبحان الذي الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وانا الى ربنا لمنقلبون

Insyaallah hati kita akan tenang,perjalanan dilindungi Allah dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.


3 ulasan:

  1. betul tu wani...inilah doa yg sepatutnye kita amalkan setiap kali dl perjalanan ke mana2 jua...sesungguhnye...ajal maut di tangan NYA..tp kite berdoala agar di beri keselamatan dan kesejahteraan..ameen

    BalasPadam
  2. insyaAllah..! smg selamat pergi dan pulang..

    BalasPadam
  3. Allah Allah, insyaallah semua akan selamat

    BalasPadam

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)