Assalamualaikum.Di pagi 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432H ini..Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada kami untuk bertemu dengan bulan yang amat mulia ini..
semalam adalah malam pertama bagi kaum muslimin dan muslimat untuk menunaikan solat terawih..Alhamdulillah..abi,ummi dan mawar masih lagi berkesempatan menuju ke Masjid bandar baru Nilai untuk menunaikannya disana...setelah selesai solat maghrib dan membaca beberapa helai kalamullah di rumah..kami bertolak ke rumah Allah.Alhamdulillah..begitu ramai sekali umat islam yang berpusu2 menuju ke masjid pada waktu itu..sehinggakan penuh tempat untuk parkir kereta dan ada yang terpaksa parkir ke luar pagar masjid.ummi doakan semoga suasana sebegini kekal hingga la akhir bulan Ramadhan nanti..insyaallah..
wahai mawar yang indah..ini merupakan ramadhan kedua bagimu..pada ramadhan 1431H yang lalu.ummi tidak berkesempatan untuk menunaikannya di Masjid oleh kerana pada waktu itu mawar masih lagi kecil..belum mencecah usia 2bulan lagi.Tapi pada tahun ini..hasrat ummi untuk menunaikan solat terawih di masjid amatlah tinggi..memandangkan usia mawar sudah pun mencecah 1tahun 2bulan..ummi amat berharap agar kita sekeluarga dapat menikmati kemanisan di bulan ramadhan ini bersama2..
sewaktu dalam perjalanan ke masjid.mawar sedia untuk merebahkan diri di atas ribaan ummi sambil menikmati kelazatan susu ummi.namun apabila sampai sahaja di masjid.mawar terus bangun dan tersenyum kegirangan..tambah2 lagi bila melihat abang2 dan kakak yang hampir seusianya bermain.mawar,seperti yang ummi sangka..tempat ruangan solat untuk muslimat telah pun penuh..namun itu tidak menjadi halangan..kawasan masjid yang luas itu mereka penuhinya sehingga hampir dgn tangga masjid.begitu ramai yang ingin merebut peluang ini..Alhamdulillah.namun sedikit sayu kerana ummi memang tidak berpeluang untuk mencelah bagi menunaikannya bersama2 muslimat yang lain..
Oleh kerana mawar terlampau eksited untuk explore kawasan masjid..ummi sedikit bimbang akan keselamatan mawar pada ketika itu.mana tidaknya..mawar bukan sahaja berjalan..malah mawar berlari sekuat hati dari ummi..sehingga hampir jatuh ke tangga.nasib baik pada ketika itu ummi sempat menyahut lengan mawar..ummi juga meminta supaya mawar duduk bersama dengan ummi untuk melihat suasana solat terawih pada malam itu .namun gagal..=) oleh kerana ummi tidak dapat mengawal mawar dan mawar juga sudah mula menggosok mata tanda hendak tidur..ummi mula mengambil keputusan untuk menidurkan mawar di dalam kereta sahaja.
setelah selesai abi menunaikan solat terawih 8rakaat di masjid..kami pulang ke rumah.dan pada ketika itu mawar enak dibuai mimpi..keadaan ummi pada ketika itu amatlah penat..terasa mengantuk sangat.namun demi solat isyak dan terawih yang tergendala tadi..ummi gagahi jua..Alhamdulillah..syukur juga kerana pada ketika itu abi turut menemani ummi untuk menyambung solat terawihnya yang belum selesai..setelah selesai berjemaah bersama abi..ummi betul2 dah lemah..memandangkan jam menunjukkan pukul11 lebih..ummi mengambil keputusan untuk menyambung terawih ummi pada keesokkan pagi pula..dan ummi bangun pula pada pukul4 pagi tadi..untuk menyambung solat terawih dan bersiap2 untuk hidangan bersahur..
ummi takkan sesekali putus harapan..biarlah penat sedikit..asalkan mawar dapat merasai keindahan ramadhan pada kali ini..insyaallah..malam ni..kita ke masjid lagi yea sayang..=)
salam ramadhan al mubarak untuk semua blogger..
selamat beramal..
(^_^)
ummi mawar sameeee!! kisah malam 1 ramadhan yg same..cume takde insyirah nak tidurkan muhammad..kalau ade dah selamat tidur jugak..hehe
BalasPadamfrasa yang mengantuk sgt pun same sgt..ya Allah tuhan sahajelah tahu letih badan tu mengejar anak mcm mane..
balik rumah pun same..suami kene jd imam surau dekat yg buat 8 rakaat jadi balik rumah tmbah lagi..
malam semalam pati cerite yg same..wardah pun lahir 2010 kan?tue 3 bulanje dari Muhammad..
p/s: faham sgt kesoleh da kesolehahan budak2 umo gini.. ;D
benar ya ummu muhammad..memang budak2 besar mawar dan muhammad masih lg belum mengerti apa2..nak larang pun bukan dorang faham kan..hehe jadi ummi la yang kena kontrol dia..kemain lagi suka mawar berlari2 kat masjid.
BalasPadammawar lahir 2010,bulan 6 ya ummu muhammad..hehe..
semoga ramdhan kita kalini penuh makna ye ya ummu muhammad bersama2 si cilik yang soleh dan solehah..=)