Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kahwin muda itu adalah sesuatu perkara yang amat baik. Sebenarnya memang terdapat lebih banyak kebaikkan berbanding keburukkan jika kita berkahwin di usia lebih muda. Usia muda dalam hal ini merujuk kepada umur diantara 20-24 tahun.
Akan tetapi kita sering mendengar pendapat sesetangah orang yang mengatakan kalau yang nak kahwin-kahwin muda tu, tandanya memang dah ‘gatal’ sangat lah tu. Oh! Betapa negatifnya pemikiran seperti itu. Dalam Islam sendiri telah mengatakan perkahwinan itu merupakan suatu ibadah yang amat dituntut oleh agama.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.
Ok, habis tentang sesi pembuka kata dari saya untuk blog post kali
Tujuan utama saya ialah ingin kongsikan artikel pada minggu ini berkenaan bagaimanakah atau apakah cara-cara yang boleh anda cuba amalkan untuk meyakinkan ibubapa anda dan dalam masa yang sama ibubapa pasangan anda juga jika anda berhajat ingin kahwin muda.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti:-
- Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
- Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.
- Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.
- Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
- Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!
- Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.
- Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
- Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
- Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.
- Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.
Wah, banyak juga kan perkara yang perlu diambil kira sebelum nak kahwin muda. Ini baru sebelum berkahwin, belum lagi selepas berkahwin. Tapi takpe, usah risau, yang penting anda terus mencari ilmu dan belajar ilmu-ilmu rumahtangga serta banyakkan berdoa. InsyaAllah perkahwinan anda mampu bertahan.
sumber diambil dari: http://kursusperkahwinan.com/cara-cara-meyakinkan-ibubapa-kalau-nak-kahwin-muda/#comment-396
betul :) dulu ummi dikira kahwin awal juga...24 tahun. abah auni baru habis belajar (blm ada kerja), manakala ummi baru 2 bulan kerja di RISDA. tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...
BalasPadamkalaulah semudah itu.....hmmmmmm
BalasPadamalhamdulillah ya ummu auni..sebenarnya rezeki setiap manusia itu Allah yg tentukan..tak kira la kahwin seusia muda mana pun.asalkan ianya berniatkan untuk mendirikan rumah tangga kerana Allah.insyaallah..allah akan mempermudahkan segala urusannya dan mempermurahkan rezeki hamba2 nya..
BalasPadamsy kahwin diusia 21 tahun.kira bnyk juga tentangan dari pihak keluarga..walhal umi dan bak saya boleh je terima sy kahwin awal..mungkin orang lain takut sy tak boleh nak jaga keluarga dan study baik2..
alhamdulillah..walaupun suami sy dah bekerja sambil belajar.sy jg masih lagi belajar..tanggungjawab sebagai isteri,ibu dan pelajar tak pernah saya abaikan..semoga sentiasa dipermudahkan..amenn.
to miss lola: insyaallah mudah..=)
BalasPadamIt's nice :) I love this post :)
BalasPadamBest regard from Indonesia Blogger :)
tQ neng ica...=)
BalasPadamhi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
BalasPadami will be waiting for you on my blog...see u there..cheers
saya kawin muda.. umur 19 dh kawin .. cara fikiran mak saya mudah je , kalau dh jumpa lelaki yg berkenan kawin , dia tk mo jd apa2 kemudian hari susah bg dia sbb kami tk de ayah .. haha so kami kawin mak restu .. allhamdulillah tk de masaalah apa sgt .. tp tu alh kawin muda tk sempat sambung belajar dh beranak agak susah huhu
BalasPadamwaa..puan bee lg awal naa..betul tu.kalau dah berkenan watpe tunggu lama2..teruskn saja niat murni tu =)
BalasPadamklu niat kita iklas,Allah akan permudahkan.insyallah
BalasPadamApakah maksud Nikah Tahlil?
Komen Ustazah Siti Nor Bahyah tentang lawak Sepah dalam Maharaja Lawak
to ct N honey:aiwah..betul tu ct..=)
BalasPadammohon share
BalasPadamokeh..alamak..rasanya disabled.takpe2 akak boleh pergi ke laman web yang saya letak kat bawah sekali tu.
BalasPadam