~FOLLOWER TERRBAEK~

10 Februari 2011

warkah dari abi..(24-10-2010)

KE HADAPAN,

Isteri Tersayang..

Setiap pagi dikau sanggup menghantar ku ke Putrajaya,
Biar penat,biar susah,
Ku faham kesusahanmu,
Terpaksa melayan kerenah wardah dalam kereta,
Jasamu ku hargai,
Kesusahanmu ku puja,
Dikaulah isteri yang ku sayangi lagi ku dambai.

Dikaulah siswi,dikaulah isteri,
Biar pun cabaran yang besar kau terpaksa tempuhi,
Ku yakin dikau boleh mencapai kejayaan cemerlang,
Usaha sebagai tangga kejayaan,
Doaku dan keluarga sentiasa mengiringimu.

Senyumanmu bisa mengubati lara dihatiku,
Kala ku berserabut dengan kerenah di pejabat,
Ku dambakan senyumanmu,
Yang bisa menghilangkan segala kegusaran di benak ku.

Aku, kamu dan wardah,
Semoga menjadi sebuah keluarga yang mengamalkan syiar islam,
Dirahmati,diberkati dan dilindungi Allah,
Jika umur ini tidak panjang,
Ku dambakan kesungguhanmu bagi membesarkan zuriat kita dengan islam,
Ku setia menantimu di pintu syurga,Insyaallah.

Isteriku sayang,
Aku memohon maaf di atas segala kesilapan,
Tidak bisa memberikan kemewahan,
Kerana ku tahu kemewahan hanya akan menghancurkan,
Biar miskin harta,tapi kaya jiwa.

Akhir kata dariku,
Semoga hubungan kita berkekalan.
Sayang kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)