~FOLLOWER TERRBAEK~

27 Februari 2011

Jalan2 di Medan, Indonesia (Part 1)

Pada 23 Feb 2011 hingga 26 Feb 2011 yang lalu,kami sekeluarga berpeluang berjalan2 ke medan, indonesia. Kami bertolak dengan menaiki pesawat air asia. Walau pun budaya hidup dan makanan tidak banyak berbeza, banyak juga yang kami dapat pelajari bahasa, ekonomi dan sistem sosial masyarakat medan. Masyarakat medan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Umat islam merangkumi 30% daripada keseluruhan 2.8 juta masyarakat medan dan medan merupakan ibu negeri yang ketiga terbesar selepas jakarta dan surabaya(jika tak silap). Sedikit gambar dan rentetan perjalanan untuk dikongsi bersama. Ayo saksikan bapak-bapak dan ibu-ibu..

23 Februari 2011....

5.00 pagi (waktu malaysia)

wardah kena bangun seawal jam 4 pagi lagi kerana pesawat dijangka berlepas jam 7.20 pagi dan perlu berada di LCCT 2jam sebelum berlepas. Makan pagi di McD LCCT.

Lepas makan, terus tidur. Tak cukup tidur la tu..sian wardah

 dalam pesawat pun masih tidur.
jam 8.20 pagi atau 9.20 pagi (waktu medan,waktu malaysia dan medan cuma berbeza satu jam) kami tiba di bandar polonia (airport).Kami terus ke Pasar Ikan(pasar membeli belah,bukan pasar jual ikan) dan sempat membeli belah sebelum check in hotel.
jam 2.00 ptg... kami mendaftar masuk hotel Grand Angkasa..



2 ulasan:

  1. bestnye..sejak kecik lg dh berjln jauh..hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...pasni giliran aufa pulak =)..medan xjauh mane pun..sejam perjalanan je dr sini..`

    BalasPadam

ape pandangan anda??jom komen post mawar yea...=)